Rebung Jeruk

Jeruk Rebung Buluh Madu

Di Taman Buluh, kami banyak menanam species buluh madu yang sesuai dibuat jeruk rebung buluh madu. Bila tiba musim buluh banyak mengeluarkan rebung maka kami akan mengutipnya dan proses jadikan jeruk rebung.

Berbeza dengan rebung buluh biasa, rebung buluh madu ini lebih padat walaupun saiznya kecil kerana buluh madu tidak berlubang seperti buluh biasa. Jeruk rebung ini sangat sesuai dibuat kari di masak bersama-sama daging.

Selain dibekalkan di pasar kami juga memprosesnya untuk dijadikan acar rebung buluh madu. Acar rebung buluh madu pada asasnya adalah sama seperti acar buah yang biasa kita temui, cuma rebung buluh madu ini ditambah dan dijadikan bahan utama. Ianya sesuai dimakan bersama nasi walaupun tanpa lauk lain. Ada juga dikalangan pelanggan kami yang mengakui bahawa mereka makan acar rebung buluh madu begitu sahaja.


Acar Rebung Buluh Madu


Acar Rebung dan Sambal Hitam



Jeruk Rebung Bukuh Madu



No comments:

Post a Comment