Laman Belimbing di Norge Hus ditanamai kira-kira 30 pokok belimbing buluh. Pada musim buah, selain menjualnya segar di pasar kami juga merebusnya untuk dijadikan belimbing rebus sama ada untuk dijual terus atau dijadikan bahas asas kepada 'Sambal Belimbing Hitam Binjai'.
Sambal hitam yang dibuat dengan berpandukan resepi turun temurun dari orang tua-tua di Binjai dijadikan sandaran kepada menghasilkan sambal hitam yang sedap berbanding dengan versi dari daerah-daerah dan kampung-kampung lain.
No comments:
Post a Comment